Tuesday, September 11, 2007

DAKWAH DAN TARBIYAH

DAKWAH DAN TARBIYAH - WASILAH UTAMA DALAM PEMBENTUKAN UMMAH
------------------------------------------------------------------

Rasulullah saw memulakan jihadnya melalui dakwah dan Tarbiyah, bukan
terbentuk secara tiba-tiba atau kebetulan tanpa apa-apa persediaan dan
pembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan
halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji
sebagai Khaira Ummah di abadikan didalam Al-Quran.

Seperti di tegaskan dalam Al-Quran ayat 110 Surah Al Imran maksudnya:-
Kamu adalah sebaik-baik ummah dikeluarkan untuk manusia seluruhnya, kamu
memerintah (menyuruh) kepada ma'aruf dan mencegah mungkar serta kamu
tetap beriman kepada Allah'

Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah sejak di zaman Makkah
lagi. Baginda mendidik (mentarbiyah) sekumpulan jamaah mukminin yang
menjadi benih terbentuknya masyarakat yang baru (berbeza daripada
masyarakat jahiliyah). Ketika Rasulullah saw membentuk jamaah mukminah di
Makkah dimasa itu. Baginda menyedari bahawa peranannya lebih besar
daripada Makkah dan Semenanjung Arab dan Risalah yang Baginda bawa bukan
semata-mata khusus untuk satu bangsa dan satu generasi bahkan Risalahnya
bersifat sejagat ('Alamiyah) dan halatujunya menghapuskan jahiliyyah dan
membina insaniah yang baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.

Ketika Baginda menjadikan kota Makkah sebagai markas dakwahnya, Baginda
tidak memulakan dengan membentuk daulah yang terdiri dari
pembesar-pembesar Quraisy bagi menundukkan seluruh orang Arab dan memaksa
mereka menerima prinsip-prinsipnya dengan kekerasan. Baginda tidak
melakukan demikian kerana Baginda bukan diutuskan untuk menghapuskan
kerosakan dengan mengundang kerosakkan lain dan bukan untuk memaksa
masyarakat menerima dakwahnya dengan kekerasan tetapi Baginda diutuskan
untuk menyampaikan Risalah Allah SWT dan mengajak semua manusia dengan
penuh hikmah serta dengan peringatan-peringatan yang baik. Serta sabar
bersama-sama orang-orang yang beriman membentuk jamaah yang menjalankan
kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh bagi kelahiran
masyarakat (generasi) baru (Generasi Mukmin).

Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyah Jiwa/ Dhomir / Al
Wijdaan dan tarbiyah akhlak dan budi pekerti berteraskan keimanan/tauhid;
kerana inilah asas sebenarnya bagi pembinaan ummah yang menjamin
masyarakat dan Daulah daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan
kerosakan. Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta deen undang-undang
serta peratusan semata-mata belum cukup untuk mcmbina ummah tanpa dididik
jiwa dan akhlaq masyarakat.

Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah Al Ra' ad ayat 11,
maksudnya"-

' Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum
itu sehingga mereka mengubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka.'

Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam menjelaskan bahawa
inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan
kemajuan. Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan
dengan jiwa masyarakat itu sendiri.... kerana itu maka medan Islam yang
pertama ialah 'alam jiwa dan dhamir., dan wasilahnya yang pertama dan
utama untuk sampai kepada matlamat ialah AtTarbiyah,.'

Wassalam.

No comments: