Tuesday, September 11, 2007

ERTI BAI'AH

Bai'ah

Baiah bererti perjanjian atau ikrar bagi menerima dan sanggup memikul atau melaksanakan sesuatu yang dibaiahkan. Biasanya istilah baiah digunakan di dalam penerimaan seorang murid dengan Syeikhnya untuk menerima wirid-wirid tertentu dan berpegang dengannya sebagai suatu amanah. Namun suatu perkara yang diketahui dan difahami bahawa baiah juga digunakan di dalam skop yang lebih luas dan jauh bagi menegakkan ajaran Islam yang bukan hanya setakat berbaiah untuk mengamalkan wirid-wirid tertentu daripada syeikh-syeikh bahkan lebih menyeluruh dari itu untuk menegakkan perlaksanaan syariat Islam itu sendiri . Di dalam Risalatul Taa'lim karangan Hassan Al Banna Rahimahullah, beliau telah mengemukan beberapa pemahaman dan pengertian tentang baiah di dalam gerakan dakwah Islamiah.
Antaranya ialah:
1-Baiah untuk memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar. Andai tiada kefahaman terhadap Islam maka sesuatu pekerjaan itu bukanlah merupakan 'amal' untuk Islam atau amal menurut cara Islam. Sebagaimana ia juga bukan merupakan suatu perjalanan yang selari dengan Islam.
2-Baiah merupakan keikhlasan. Tanpa keikhlasan amal itu tidak akan diterima oleh Allah dan perjalanannya juga pasti sahaja tidak betul di samping terkandung pelbagai penipuan di dalam suatu perkara yang diambil.
3-Merupakan baiah untuk beramal yang ditentukan permulaannya dan jelas kesudahannya. Iaitu yang dimulakan dengan diri dan berkesudahan dengan dominasi Islam ke atas alam. Hal ini adalah kewajipan yang sering tidak disedari orang Islam masa kini.
4-Merupakan baiah untuk berjihad. Jihad itu menurut kefahaman Islam adalah berupa penimbang kepada keimanan.
5-Merupakan perjanjian pengorbanan bagi memperolehi sesuatu (iaitu balasan syurga).
6-Merupakan ikrar untuk taat atau patuh mengikut peringkat dan keupayaan persediaan yang dimiliki.
7-Merupakan baiah untuk cekal dan setia pada setiap masa dan keadaan.
8-Merupakan baiah untuk tumpuan mutlak kepada dakwah ini dan mencurahkan keikhlasan terhadapnya sahaja.
9-Merupakan baiah untuk mengikat persaudaraan (sebagai titik untuk bergerak).
10-Merupakan baiah untuk mempercayai (thiqah) kepimpinan dan gerakan atau jemaah.

1 comment:

Zulkarnain MS said...

perjanjian atau ikrar bagi menerima dan sanggup memikul atau melaksanakan sesuatu yang dibaiahkan. Apa hukumnya kita berbaiah ini, tidakkah ianya menyalahi hukum syarak?